skstps.zoom-a.com

PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI, PERLIS. TELEFON/FAX NO: 04-9382330 / 04-9385106


| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | WAWASAN | MAKLUMAT SKST | LAGU | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PENGURUSAN & PENTADBIRAN | HEM | KOKURIKULUM | KEJAYAAN | PEPERIKSAAN & PENILAIAN | PERATURAN | PIBG | PERSEKOLAHAN | BADAN KEBAJIKAN | DOWNLOAD | BUKU PELAWAT |


SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(PN ROSNANY BINTI MOHAMAD)


Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Sukacita saya maklumkan, walaupun baru mula berkhidmat di sekolah ini iaitu pada 01 Disember 2009 yang lalu, namun saya berasa bertuah kerana berkhidmat di sekolah ini yang saya anggap mempunyai tenaga pengajar dan tenaga kerja yang cukup efisien dalam mencapai wawasan yang saya impikan.

Di kesempatan ini, saya berharap semuga laman web ini akan dapat menjadi medan penyebaran maklumat dan mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang dengan membudayakan penggunaan ICT di kalangan pendidik, murid dan komuniti setempat. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang dengan gagasan MURID DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Wassalam.


Disclaimer: Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong, Beseri, Perlis tidak bertanggungjawab di atas sebarang risiko samada kerosakan atau kemusnahan yang di akibat oleh penggunaan website ini

Dikemaskini oleh webeditor pada:  20 Oktober 2010


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: