skstps.zoom-a.com

PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI, PERLIS. TELEFON/FAX NO: 04-9382330 / 04-9385106


| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | WAWASAN | MAKLUMAT SKST | LAGU | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PENGURUSAN & PENTADBIRAN | HEM | KOKURIKULUM | KEJAYAAN | PEPERIKSAAN & PENILAIAN | PERATURAN | PIBG | PERSEKOLAHAN | BADAN KEBAJIKAN | DOWNLOAD | BUKU PELAWAT |

BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF(BKGS)

PAPAN BULETIN

  • Baju Korporat Staff SKST berharga RM70 (agak-agak sahaja) bayaran boleh dibuat mulai sekarang.
  • Ahli-ahli BKGS yang belum membuat pembayaran yuran bulanan, diharap dapat menjelaskannya.

CARTA ORGANISASI BKGS 2010

PENASIHAT:

PN ROSNANY BT MOHAMAD

(Guru Besar)

PENGERUSI:

EN AMRI AHMAD

NAIB PENGERUSI:

PN CHE ZUNETA CHE LAH

SETIAUSAHA:

PN ASPALELAWATI AHMAD

BENDAHARI:

PN LAILATUL NOR IBRAHIM

AHLI  JAWATANKUASA

PN. AZLINA BINTI JAMIN

PN. SYAWANI BINTI IDRIS

PN. MASIRA BINTI JOHARI

PN. NORMUNAWIRAH BINTI SHAARI

PN. JULIANA BINTI ABU BAKAR

EN. MOHAMAD  BIN KASSIM

EN. MOHD SYUKRI BIN ABD RANI

EN. MUSTAFA BIN LAHMAN

PN. NORJANNAH BINTI ABDUL MUTALIB

EN. SAAD BIN TEHAK

:

BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG

2010

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

 

  1. Setiap guru dan staf yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong pada tahun semasa adalah secara automatik menjadi ahli pada tahun itu.

  2. Setiap ahli diwajibkan membayar yuran bulanan sebanyak RM 10.00 seorang untuk guru dan kakitangan sokongan sebanyak RM 5.00 seorang.

  3. Yuran perlu dibayar mulai bulan Januari sehingga Oktober sahaja. (10 bulan).

  4. Walaubagaimanapun, ahli boleh membayar secara sekaligus dan boleh juga membayar lebih jika ahli mahu berbuat demikian.

  5. Yuran akan dikutip pada minggu pertama setiap dua bulan.

  6. Ahli adalah diwajibkan menyertai sebarang program yang diadakan bersama kecuali ada sebab yang munasabah.

FAEDAH AHLI

  1. Ahli boleh membuat tuntutan bayaran sebanyak RM 50.00 bagi perkara berikut:

a.      Kematian ahli, suami atau isteri ahli serta anak-anak.

b.      Ahli, suami atau isteri serta anak-anak yang menerima rawatan di hospital melebihi 3 hari 2 malam.(Dua kali setahun sahaja jika menerima rawatan banyak kali).

c.       Ahli, atau isteri ahli melahirkan anak untuk seorang kelahiran sahaja.

d.      Ahli berkahwin kali pertama sahaja.

e.      Sesuatu malapetaka yang menimpa ahli yang difikirkan layak oleh AJK.

f.        Ahli yang menunaikan haji atau umrah.

g.      Anak ahli yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi untuk 2 orang sahaja.

h.      Hadiah hari lahir akan diberikan 3 bulan sekali.

  1. Walaubagaimanapun, setiap bayaran akan dibayar hanya sekali dalam satu masa dan juga tidak melebihi sekali dalam satu bulan.

  2. Ahli boleh membuat pinjaman maksima RM 100.00 dalam sekali pinjaman kepada Badan Kebajikan dalam satu masa. Pinjaman kecemasan ini mestilah dibayar apabila peminjam menerima gaji pada bulan tersebut. Pinjaman tidak akan dikeluarkan kepada ahli yang mempunyai yuran tertunggak dan masih belum dan masih belum membayar pinjaman sebelumnya.

  3. Bayaran akan dibayar melibatkan perkara di atas hanya mulai bulan Januari hingga bulan Oktober pada tahun semasa sahaja.

  4. Setiap ahli yang akan membuat tuntutan bayaran atau membuat pinjaman bolehlah memaklumkan kepada Bendahari atau Pengerusi Badan Kebajikan dengan mengisi borang khas yang disediakan.

  5. Walaubagaimanapun, AJK boleh meminda peraturan tersebut jika perlu dengan memutuskan dalam mesyuarat yang diadakan.

  • Sila lampirkan salinan dokumen yang berkaitan dengan tuntutan di atas untuk rekod tuntutan.

Semua perkara yang di atas telah diputuskan oleh AJK Badan Kebajikan yang telah bermesyuarat. Sila maklumkan jika terdapat ahli yang layak menerima tuntutan.

 

 

 

 

 

 


Disclaimer: Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong, Beseri, Perlis tidak bertanggungjawab di atas sebarang risiko samada kerosakan atau kemusnahan yang di akibat oleh penggunaan website ini

Dikemaskini oleh webeditor pada:  20 Oktober 2010


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: