skstps.zoom-a.com

PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI, PERLIS. TELEFON/FAX NO: 04-9382330 / 04-9385106


| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | WAWASAN | MAKLUMAT SKST | LAGU | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PENGURUSAN & PENTADBIRAN | HEM | KOKURIKULUM | KEJAYAAN | PEPERIKSAAN & PENILAIAN | PERATURAN | PIBG | PERSEKOLAHAN | BADAN KEBAJIKAN | DOWNLOAD | BUKU PELAWAT |

Pada 15 September 2010, Jam 8.30 pagi murid-murid SK Seri Tunjong seramai 30 orang telah menyertai konvoi Merdeka sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan. Para peserta berlepas dengan berbasikal  jam 9.00 pagi dan telah diiringi anggota Polis bagi mengawal pergerakan peserta konvoi.

Penyerahan bendera pertama dilakukan di SK Abi, selepas itu para peserta telah disediakan sedikit jamuan kuih raya. Apapun terima kasih SK Abi. Seterusnya peserta telah singgah di SK Padang Melangit untuk penyerahan bendera kedua. Para peserta sekali lagi disediakan sedikit jamuan ringan.

Laluan peserta ialah bermula di SK Seri Tunjong menuju ke jalan Kangar Padang Besar memasuki simpang jalan ke Batu Pahat dan singgah di SK Abi. Dari Sk Abi ke SK Padang Melangit seterusnya ke SK Seri Tunjong semula. Liputan perjalanan lebih kurang 10 km. Tahniah kepada peserta konvoi atas semangat merdeka yang patut dicontohi.

By: Azam.


Disclaimer: Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong, Beseri, Perlis tidak bertanggungjawab di atas sebarang risiko samada kerosakan atau kemusnahan yang di akibat oleh penggunaan website ini

Dikemaskini oleh webeditor pada:  20 Oktober 2010


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: