:SUDUT INFORMASI ICT SEKOLAH: 
Support Ticketing System (STS)
Sistem aduan secara atas talian (online) sebarang kerosakan peralatan ict sekolah. Sila klik link di atas.
JADUAL MAKMAL ICT Jadual penggunaan makmal telah diedar kepada guru-guru Tahap 2 dan ditampalkan di dalam kelas-kelas yang berkenaan. Empat matapelajaran teras diberi keutamaan dalam penyusunan jadual tersebut. Bagi matapelajaran elektif dan Kelas Tahap 1, disebabkan kekangan dan halangan dalam penyusunan jadual, maka guru-guru Tahap 1 dan matapelajaran elektif boleh menggunakan makmal pada bila-bila masa jika terdapat kekosongan. Rujuk jadual di bawah ini. Kesulitan amat dikesali. "ICT MENJANA MINDA KELAS PERTAMA"
Makluman Kepada Guru, Staf dan Murid-Murid (Respon dari Mesyuarat Pengurusan dan Penyelengaraan Peralatan ICT yang diadakan pada Khamis 25.03.2009 di Dewan Murni SMK Teknik Kangar.
Guru-guru yang membawa peralatan ict keluar dari kawasan sekolah perlu mematuhi prosedur dengan mengisi borang KEW PA 6 (Borang Pergerakan Harta Modal) Guru-guru dan staf sekolah boleh meminjam laptop bagi tujuan mesyuarat atau menjalankan proses p & p dari guru-guru yang memegang peralatan tersebut. Pengguna-pengguna Makmal ICT dan Pusat Akses sama ada guru atau murid diwajibkan mengisi buku log penggunaan komputer yang telah disediakan bagi tujuan pemantauan penggunaan aplikasi ict dan penarafan bintang di sekolah oleh JPN Perlis. Pembelian peralatan ict seperti PC, laptop, lcd dan sebagai oleh pihak sekolah dengan menggunakan wang sekolah perlu mendapat kebenaran dari JK Pemanduan ICT Jabatan Pelajaran Perlis. Pembelian toner, ink, kertas dll adalah tanggungjawab pihak sekolah bukan Unit ICT JPN Perlis.
Aduan Kerosakan Peralatan ICT Sekolah:
Keperluan Aduan: Laporkan kepada Penyelaras ICT/ Juruteknik Isi borang KEW PA 9 (Borang aduan kerosakan)- disi oleh penyelaras ICT Peralatan mesti mempunyai Kew PA 2 (Daftar harta modal) - Guru yang membuat aduan mesti mengetahui kedudukan/simpanan Kew PA 2 (Daftar Harta Modal)
Saluran Membuat Aduan:
Pematuhan Pemakaian Baju Pengawas ICT: Pengawas Lelaki: Seluar panjang warna biru tua, baju kemeja putih, kasut kanvas hitam dan bertali leher berwarna biru tua. (Semua dibeli sendiri) Pengawas Perempuan: Baju kurung berwarna putih, kain biru tua, kasut kanvas hitam dan bertudung biru tua. (Tiada paksaan dalam pemakaian seragam pengawas ini.)
Perjumpaan Pengawas ICT: Tiada perjumpaan sehingga dimaklumkan. Pengawas-pengawas ICT dikehendaki sentiasa melayari website sekolah untuk mengetahui pegumuman yang dibuat dari masa ke semasa. Harap maklum. Pengawas yang belum mengambil tanda nama, sila dapatkan dari Penyelaras ICT secara PERCUMA.
|