skstps.zoom-a.com

PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TUNJONG, 02400 BESERI, PERLIS. TELEFON/FAX NO: 04-9382330 / 04-9385106


| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | WAWASAN | MAKLUMAT SKST | LAGU | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PENGURUSAN & PENTADBIRAN | HEM | KOKURIKULUM | KEJAYAAN | PEPERIKSAAN & PENILAIAN | PERATURAN | PIBG | PERSEKOLAHAN | BADAN KEBAJIKAN | DOWNLOAD | BUKU PELAWAT |

PUSAT AKSES SEKOLAH

JK PUSAT AKSES

Penasihat:                          Pn Rosnany Binti Mohamad (Guru Besar)

Pengerusi:                          En Awang Ya Jusoh (PK Pentadbiran)

Setiausaha:                        En Abd Razak Taib (Penyelaras Pusat Akses)

AJK:                                    Pengawas – Pengawas ICT

                                           Ketua-Ketua Panitia.

1. Pengenalan

1.1      Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih

menjurus kepadapembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan

bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self  learning). Murid boleh

mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri

terarah kendiri dan akses kendiri.

1.2       Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses  pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.

1.3       Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

1.4       Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai  dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.

 

2. Matlamat

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

2.1       Membudayakan penggunaan ICT di sekolah

2.2       Mengurangkan nisbah komputer dengan murid

2.3       Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

 

 3. Objektif

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

3.1       Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.

3.2       Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah  sendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.

3.3       Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.

  

 

 

 

 

 

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PUSAT AKSES SEKOLAH:

a) Penasihat

 i)          Menggubal dan melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.

ii)         Memastikan perancangan dan pelaksanaan program/aktiviti berjalan dengan lancar.

iii)         Memantau pelaksanaan aktiviti  Pusat Akses Sekolah dari semasa ke semasa.

 

b) Pengerusi

i)          Merangka dan merancang pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah  sepanjang tahun.

ii)         Memastikan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah dipatuhi.

iii)        Memastikan pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.

iv)        Memantau penggunaan dan keberkesanan Pusat Akses Sekolah.

v)        Merancang atau mewujudkan Jawatankuasa Kerja, jika perlu, bagi tujuan   melaksanakan        program /aktiviti yang dirancangkan.

 

c) Setiausaha

 i)          Melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.

ii)         Mengurus setiakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah secara  berkala 

iii)         Menyediakan keperluan peruntukan kewangan. 

iv)        Menguruskan inventori dan pendaftaran harta modal Pusat Akses Sekolah dan menyerahkan kepada Unit ICT PPD/PPG (Pejabat Pelajaran gabungan)  dan sesalinan kepada Unit Maklumat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk  tujuan penyenggaraan.

v)         Merekod dan melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan rangkaian kepada:

          Syarikat pembekal peralatan (dalam tempoh jaminan)

          Jabatan Pelajaran Negeri (selepas tempoh jaminan)

           Meja Bantuan GITN (1-300-88-2888) bagi semua masalah berkaitan talian  schoolNet 

vi)        Menentukan waktu penggunaan Pusat Akses Sekolah.

vii)        Memastikan Pusat Akses Sekolah digunakan dengan berkesan.

viii)       Mendapatkan khidmat Bantu penggunaan daripada Pusat Sumber     

            Pendidikan Negeri (PSPN) atau Pusat Kegiatan Guru (PKG).

ix)        Memastikan keselamatan fizikal, sistem dan peralatan. x) Melatih Pengawas Pusat Sumber Sekolah/Pengawas Pusat Akses/ Briged ICT, jika ada

 

d) Ahli Jawatankuasa

i)          Melaksanakan program/aktiviti yang telah dirancangkan.

ii)         Memastikan semua peraturan penggunaan dipatuhi.

iii)         Memastikan peralatan dan rangkaian sentiasa berada dalam keadaan baik.

iv)        Menyediakan maklumat laman web atau portal pendidikan (URL) untuk rujukan.

v)         Kawal selia penggunaan dan keceriaan Pusat Akses Sekolah.

vi)        Membimbing dan melatih pengguna Pusat Akses Sekolah.

e) Pengawas ICT / Pusat Akses

Memainkan peranan membantu Jawatakuasa menguruskan Pusat Akses Sekolah.

 


Disclaimer: Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong, Beseri, Perlis tidak bertanggungjawab di atas sebarang risiko samada kerosakan atau kemusnahan yang di akibat oleh penggunaan website ini

Dikemaskini oleh webeditor pada:  20 Oktober 2010


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: